Thursday, 22 May 2014

kerana CintaMu

Just be yourself...

 Jadilah Seteguh pejuangan lebah yang bersusah-payah menghasilkan setitis madu.. Sanggup berkorban diri pertahankan kumpulan agar terpelihara kualiti,kerna debunga terbaik sahaja dipilih dari yang terbaik..
 Jadilah secantik rama-rama.. Sekental rama-rama yang sendirian berdikari untuk keluar dari kepompong tanpa perlukn bantuan sesesiapa..kini kehadirannya pula sungguh menggamit perhatian mata sedangkan dulunya ianya sekadar ulat beluncas yang sungguh menggelikan untuk dilihat..

 Begitulah jua..
Seindah langit menunggu mentari tiba..
Secerah malam dikala bulan purnama..
Semurni hembusan oxygen..
 Sekasih pantai berlagu..

 Seindah kurniaan permata yang sukar ditemui kerna dirinya begitu berharga bukan juga mudah dicari Juga bukanlah senang dihancurkan bak kaca yang mudahnya retak seribu..

 Begitulah indahnya kita apabila menghargai Cinta Illahi,Cinta Hakiki yang kekal abadi tidak ternilai dari sebuah PERMATA,
 Tidak tertinggi nya nilai sebuah pejuangan sang LEBAH,
Tidak semurninya setiap helaan nafas OXYGEN kita.

. Maka pastinya terbit kesyahduan kerinduan pada Illahi.. demi merebut Cinta AgungMu melebihi ibrah yang menjadi kekuatan kami demi menggapai RedhaMu Ya Rabbi..

 Al-Quran yang Mulia 30:8(surah ar-Rum) "Patutkah mereka merasa cukup dengan mengetahui yang demikian sahaja, dan tidak memikirkan dalam hati mereka, (supaya mereka dapat mengetahui), bahawa Allah tidak menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya itu melainkan dengan ada gunanya yang sebenar, dan dengan ada masa penghujungnya yang tertentu, (juga untuk kembali menemui Penciptanya)? Dan sebenarnya banyak di antara manusia, orang-orang yang sungguh ingkar akan pertemuan dengan Tuhannya."

 Allahhu rabbi U make it me strong..!! ..to be a better person...

 Alhamdulillah.
. Segala puji-pujian milikMu Allah.

. #hamba yang kerdil,
#nizasza